.............seperti yg makcik janjikan
cream puff
Bahan2 untuk puff:
50 gm mentega
1/4 pint air sejuk
75 gm tepung gandum
secubit garam
2 biji telur
Cara2nya:
1. Panaskan oven 200 celcius. Cairkan mentega dan air, masak hingga mendidih.
2. Masukkan tepung dan garam. Kacau sehingga bancuhan tidak melekit diperiuk.
3. Biarkan sejuk sekejap, kemudian masukkan telur sebiji-sebiji. Kacau hingga sebati
setiap kali dimasukkan telur.
4. Ceduk dengan sudu besar ke atas dulang pembakar atau boleh guna aising pipe
untuk dapatkan bentuk yg comel.
5. Bakar selama 30 minit atau hingga kekuningan. Setelah masak, keluarkan dari oven
dan belah dari tepi tapi tidak putus. keluarkan stim dan isi dengan inti. Atau guna
aising pipe untuk isikan inti.
Bahan2 inti:
1/2 pint susu
25 gm mentega
1 kuning telur
10 gm tepung jagung
10 gm tepung kastad
secubit garam
50 gm gula
Cara2:
1. Campurkan tepung jagung dan kastad bersama susu, kacau hingga sebati.
2. Letak atas dapur dan masukan bahan2 yg lain.
3. Kacau hingga sebati dan mendidih.
***SELAMAT MENCUBA. JIKA ADA MASALAH NANTI BAGI TAU.
Thursday, November 19, 2009
cream puff buat syazana
Posted by Rohaya at 10:14 PM 0 comments
Thursday, October 15, 2009
Cerita
Sudah agak lama tak menulis. Bukan tak cukup masa . Cuti masih panjang. Cuma tidak ada semangat menulis.
Buat masa ni , aku lebih suka mendengar. Cerita dari Mesir, tentang perjuangan seorang anak yang sedang cuba mengadaptasi kehidupannya dengan kekurangan yang ada pada dirinya. Buat along , kuatkan semangat dan tabahkan hati. Buatlah sekadar yang mampu kerana along sepatutnya masih berehat di Malaysia . Ingat pesan Dr. Chee.
Cerita dari Putrajaya, tentang kerja tak pernah habis. Setiap hari ada saja isu yang memeningkan kepala yang perlu dikongsi bersama supaya tekanan tidak dirasai seorang diri. Satu lagi jadual outstation yang silih berganti.
Cerita dari Kuala Nerang, pekan kecil yang menyaksikan rintihan hati seorang anak yang sedang mencari erti sebuah kehidupan . Buat kakak , ingatlah hidup ini hanya sementara. Keindahan dan kenikmatannya juga hanya sementara.
Cerita dari Wisconsin, angah yang selalu sibuk dengan assignment. Masih belajar membiasakan diri dengan daerah yang begitu asing. Tapi nampak macam okay aje. Cuma nak ingatkan belanja jangan boros.
Cerita dari Taman Jasmin, ....terharu kerana anak murid telefon mohon restu untuk exam PMR. Ingat juga dia pada gurunya. November ni SPM pula . Buat pelajar 5 Bijaksana, 5 Usaha dan 5 Cekal , cikgu ucapkan semoga berjaya.
Posted by Rohaya at 8:03 PM 2 comments
Tuesday, September 1, 2009
Antara yang baru dan yang lama
Ceria, sangat suka membantu, sentiasa mengambil berat, sayang pada kanak-kanak, suka memasak dan ................banyak lagi. Ciri-ciri yang akan dikenang dan tak akan dilupa sampai keakhir hayat. Itu yang dulu sebelum 10 Jun 2009.
Yang ada sekarang dan yang akan datang masih dalam proses pembentukan dan pengubahsuaian seorang insan yang namanya tetap sama, cita2nya tetap sama, harapan dan matlamatnya jua sama. Hanya allah yang tahu apa penghabisannya.
Apapun penamatnya, hambamu ini tetap redha.
Posted by Rohaya at 6:03 AM 4 comments
Saturday, August 29, 2009
Kecilnya Dunia Ini
Shafiq di US , abang di Korea , Akram dah nak balik Mesir , Mai lagi setahun stengah...
bertaburan di bumi Allah. Yang pasti ada Anisah dan Ehsan.:)
Posted by Rohaya at 6:54 PM 1 comments