BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 15, 2009

Cerita

Sudah agak lama tak menulis. Bukan tak cukup masa . Cuti masih panjang. Cuma tidak ada semangat menulis.

Buat masa ni , aku lebih suka mendengar. Cerita dari Mesir, tentang perjuangan seorang anak yang sedang cuba mengadaptasi kehidupannya dengan kekurangan yang ada pada dirinya. Buat along , kuatkan semangat dan tabahkan hati. Buatlah sekadar yang mampu kerana along sepatutnya masih berehat di Malaysia . Ingat pesan Dr. Chee.

Cerita dari Putrajaya, tentang kerja tak pernah habis. Setiap hari ada saja isu yang memeningkan kepala yang perlu dikongsi bersama supaya tekanan tidak dirasai seorang diri. Satu lagi jadual outstation yang silih berganti.

Cerita dari Kuala Nerang, pekan kecil yang menyaksikan rintihan hati seorang anak yang sedang mencari erti sebuah kehidupan . Buat kakak , ingatlah hidup ini hanya sementara. Keindahan dan kenikmatannya juga hanya sementara.

Cerita dari Wisconsin, angah yang selalu sibuk dengan assignment. Masih belajar membiasakan diri dengan daerah yang begitu asing. Tapi nampak macam okay aje. Cuma nak ingatkan belanja jangan boros.

Cerita dari Taman Jasmin, ....terharu kerana anak murid telefon mohon restu untuk exam PMR. Ingat juga dia pada gurunya. November ni SPM pula . Buat pelajar 5 Bijaksana, 5 Usaha dan 5 Cekal , cikgu ucapkan semoga berjaya.

2 comments:

dabei said...

salam..makcik,mg sehat di sana.mg segala yg berlaku menjadikan mak cik+keluarga golongan yang sentiasa dalam pantauanNya...Ammen..org hebat mmg selalu bnyk ujian=)salam dari Sayyidah Zainab

justokguru said...

Salam mak..
Shafiq agree dgn ape dabeizzz ckap..

HAve to be stronger.

shafiq nk ckap, bhaya thanksgiving nie. cpat mkn duit orang. nanti kalau shafiq xckup duit nk balek summer nie shafiq bgtau mak. hehee..